Perubahan China dalam Arus Digital

2022-08-25 13:38:01  CRI
Share with:

China ketika ini mempunyai puluhan ribu dron yang digunakan dalam pengeluaran pertanian.

 

Pada 2021, dron mula didapati terbang di ladang kapas di daerah autonomi Bayingol yang berpenduduk etnik Mongol , wilayah Xinjiang.

 

Dengan kudrat dua pekerja dan dibantu oleh empat dron serta lebih 300 unit kelengkapan pintar, kerja-kerja dari penanaman hingga penuaian di ladang kapas seluas 200 hektar mampu diselesaikan.

 

Difahamkan, dron penyemai hanya dikawal oleh sebuah tablet sahaja dengan kebarangkalian ralat laluan menyemai di bawah 2.5 sentimeter.

 

Malah, kerja-kerja pengairan, pengawasan dan pembajaan juga dijalankan melalui kawalan tablet.

 

Setakat ini, ladang tersebut telah menuai kapas sebanyak 700 tan, sekali gus memperlihatkan bahawa teknologi digital berjaya menggalakkan perkembangan pertanian ke arah moden dengan kelajuan di luar jangkaan.

 

Di seluruh China kini terdapat lebih 1.9 juta buah stesen pangkalan 5G, dan ia disambung dengan ratusan juta telefon bimbit, di samping sebilangan besar pelanggan lain, iaitu kilang.

 

Dalam platform data raya perindustrian China, terhimpunnya jutaan kilang digital, dan jumlah kelengkapan rangkaian pula mencecah 70 juta unit.

 

Dalam tempoh sedekad lalu, skala ekonomi digital China sudah berkembang dari RMB11 (RM7.2trilion) ke RMB44.5 trilion (RM29 trilion), dengan kedudukannya dalam Keluaran dalam Negara Kasar (KDNK) turut meningkat dari 21.6% ke 39.8%.

 

Arus digital dilihat sedang menyuntik momentum yang kuat kepada usaha membangunkan ekonomi berkualiti tinggi di China.