China Seru Masyarakat Antarabangsa Bertindak Bantu Isu Palestin

2022-08-26 12:55:16  CRI
Share with:

Wakil tetap China di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Zhang Jun menyeru masyarakat antarabangsa untuk bertindak secara substantif agar masalah Palestin dapat diselesaikan secepat mungkin.

 

Ketika berucap dalam mesyuarat terbuka masalah Palestin Asia Barat Majlis Keselamatan PBB pada Khamis, beliau berkata bahawa konflik Gaza terjadi awal Ogos lalu telah mengakibatkan kematian dan kecederaan ratusan penduduk, serta kerosakan jumlah besar kemudahan infrastruktur.

 

Justeru, Zhang berkata pelbagai pihak terlibat perlu berhenti daripada berlakunya pertempuran bagi meredakan ketegangan kawasan itu.

 

Beliau turut mencadangkan mekanisme penyelesaian masalah Palestin termasuk menggalakkan Palestin dan Israel untuk mencapai keselamatan bersama, dan menghentikan tindakan yang mengubah keadaan wilayah kini secara sepihak.

 

Zhang juga berpandangan agar ‘jalan penyelesaian dua negara’ dapat terus didorong untuk menyokong rakyat Palestin melaksanakan hak sewajarnya yang tidak boleh dicabuli, sehingga merealisasikan kewujudan Palestin dan Israel, keharmonian antara bangsa Arab dan Yahudi demi kelestarian keamanan rantau Asia Barat.