Perusahaan China Sumbang Derma kepada Mangsa Banjir Pakistan

2022-08-26 13:18:14  CRI
Share with:

Persatuan Perusahaan China Pakistan serta 28 perusahaan anggotanya memberi sumbangan berupa wang kepada Pakistan untuk menghadapi bencana banjir yang berlaku di beberapa kawasan negara itu.

Majlis penyampaikan bantuan wang ehsan banjir  diadakan di Islamabad, ibu kota Pakistan pada Khamis.

Duta Besar China ke Pakistan, Nong Rong dalam majlis tersebut berkata, China komited menambah barang bantuan kemanusiaan kepada Pakistan.

“China dan Pakistan merupakan sahabat handai yang berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

“Dengan usaha bersama kedua-dua negara, rakyat pakistan pasti dapat memenangi bencana banjir kali ini dan memulihkan kehidupan awam,” kata beliau.

Pengerusi Persatuan Perusahaan China Pakistan, Yang Jianduo menyatakan, perusahaan China akan bekerjasama dengan pelbagai lapisan masyarakat Pakistan, untuk menyediakan lebih banyak bantuan kepada rakyat tempatan.