Angkasawan Shenzhou-14 Kayuh Basikal

2022-08-26 13:27:27  CRI
Share with:

Meskipun mempunyai tugasan berat, angkasawan kapal angkasa Shenzhou-14 China yang sudah berada di stesen angkasa lebih 70 hari turut melakukan senaman fizikal pada masa lapang.

 

Sebelum ini, stesen angkasa mempunyai sebuah basikal di modul teras dan ia sekarang dipindahkan ke dalam modul experiment Wentian.

 

Ia merupakan alat penting bagi para angkasawan untuk membakar kalori.

 

Oleh sebab berada dalam kenirberatan dalam ruangan angkasa, perbezaan basikal ini dengan basikal kita adalah ia tidak mempunyai tempat duduk.

 

Angkasawan mengayuhnya bergantung kepada alat sokongan yang berada di belakang untuk menyokong badan dan kasut turut dikunci.

 

Basikal ini bukan sahaja boleh dikayuh dengan kaki, malah boleh digerakkan dengan tangan supaya angkasawan menjalankan latihan bahagian atas badan.