Latihan Ketenteraan China Amaran kepada Pencetus Provokasi

2022-08-26 15:18:40  CRI
Share with:

Latihan ketenteraan yang dijalankan Tentera Pembebasan Rakyat(PLA)  China di sekitar Pulau Taiwan baru-baru ini adalah tindakan yang terbuka, telus, profesional dan wajar, dan merupakan amaran kepada pencetus provokasi, malah langkah yang sah dan adil untuk mempertahankan kedaulatan negara dan integriti wilayah China.

Demikian kata jurucakap Kementerian Pertahanan China, Tan Kefei ketika mengulas tentang tohmahan tidak berasas dilemparkan Amerika Syarikat (AS), Jepun dan negara lain terhadap latihan ketenteraan PLA berkenaan.

"Kenyataan negara terbabit memutarbelitkan fakta dan berniat mencari kambing hitam.

"Sebagai pencetus krisis berkenaan, AS mesti memikul tanggungjawab keseluruhannya.

"AS digesa mematuhi prinsip satu China secara praktikal, mengambil langkah segera untuk membetulkan kesalahannya, dan bukannya meruncingkan lagi ketegangan di perairan berkenaan," kata jurucakap itu.

Selain itu, Tan juga menyifatkan tindakan Jepun yang bergema kenyataan dan perbuatan negatif AS berhubung isu Taiwan, sambil menghenboh-hebohkan apa yang disebut "ancaman ketenteraan China" sebagai amat tidak bertanggungjawab.

Dalam suatu masa kebelakangan ini, Jepun terus meningkatkan belanjawan pertahanannya untuk memperhebat penempatan tenteranya dan turut membangkitkan kewaspadaan tinggi negara-negara serantau dan masyarakat antarabangsa.    

"Jepun digesa merenung dan meneliti sejarah pencerobohannya, berhenti menyebarkan khabar angin dan memburuk-burukkan imej China, sebaliknya melakukan lebih banyak perkara yang kondusif bagi meningkatkan rasa saling percaya dengan negara jiran dan memelihara keamanan dan kestabilan serantau,”ujarnya.