China Melangkah ke Arah Negara Siber Kuat

2022-08-28 13:56:10  CRI
Share with:

Persidangan Peradaban Siber China 2022 diadakan di Tianjin pada 28 hingga 29 Ogos.

Presiden China, Xi Jinping pernah menekankan bahawa keselamatan siber dan maklumat adalah isu strategik utama yang berkaitan dengan keselamatan dan pembangunan negara, serta pekerjaan dan kehidupan rakyat.  

"Adalah perlu untuk menyelaraskan semua pihak melakukan inovasi dalam pembangunan, sekali gus membangun China menjadi negara siber yang kuat," ujar Xi. 

Sepanjang sedekad lalu, China mempergiat penambahbaikan sistem infrastruktur maklumat digital, menggalakkan integrasi "Internet +" dengan sektor perubatan, pendidikan, penjagaan warga emas dan pembasmian kemiskinan.

Sementara itu, undang-undang dalam bidang keselamatan siber, data, dan perlindungan maklumat peribadi juga telah dikuatkuasakan.

Kini China sedang berusaha melangkah ke arah negara siber yang kuat, dengan berperanan lebih penting dalam menggerakkan pembinaan komuniti berkongsi masa depan dalam ruang siber.