PM Li Utus Surat Tahniah Kepada WNEVC 2022

2022-08-28 17:07:36  CRI
Share with:

Perdana Menteri China, Li Keqiang mengutus surat tahniah kepada Kongres Kereta Tenaga Baharu Dunia (WNEVC) 2022 yang diadakan secara hibrid di Beijing dan Hainan pada 26 hingga 28 Ogos.

Beliau dalam perutusannya menyatakan bahawa China akan mempergiat kerjasama antarabangsa dalam bidang industri kereta tenaga baharu dengan sikap terbuka, mendorong pembangunan melalui kerjasama, dan menyumbang tenaga baharu kepada pembangunan mampan sosioekonomi di seluruh dunia.

Lebih 1,500 wakil dari 14 negara dan wilayah menyertai WNEVC kali ini. Dengan ruangan pameran seluas 13,000 meter persegi, lebih 20 forum dan aktiviti akan diadakan sempena persidangan tersebut.

Menurut statistik pihak berkuasa, China kini mempunyai 3.98 juta stesen pengecas kereta elektrik (EV) dan 1,625 stesen pertukaran bateri di seluruh negara. Rangkaian pengecasan dan pertukaran bateri China adalah yang terbesar di dunia.

Selain itu, China juga membuka jalan ujian kereta pintar sepanjang lebih 6,000 kilometer, mengubahsuai jalan pintar sepanjang lebih 3,500 kilometer, dan mempunyai hampir 2 juta stesen pangkalan 5G.