Ekonomi China Terbukti Stabil dan Mampan

2022-08-29 13:36:23  CRI
Share with:

Biro Statistik Negara (NBS) China baru-baru ini mengeluarkan keputusan penyelidikan terhadap hubungan berkaitan antara polisi membendung wabak, dasar ekonomi makro dan kadar kerugian beberapa negara.

Menurut data tersebut, meskipun China melaksanakan dasar pembendungan wabak yang ketat mulai 2020 sehingga setengah pertama tahun ini, kadar kerugian ekonominya hanya dicatatkan sebanyak 2.3 peratus.

Manakala, kadar kerugian ekonomi dalam dasar pembendungan wabak yang agak ketat (Jepun, Korea Selatan), pasif (Jerman, Perancis) dan negatif (Amerika Syarikat, Britain) masing-masing direkodkan sebanyak 3.9 peratus, 5.5 peratus dan 5.9 peratus.

Pada masa sama, dasar 'dinamik sifar COVID-19' yang diamalkan oleh kerajaan China berjaya mengurangkan kos tenaga dan sosioekonomi, sekali gus menstabilan ekonomi pada keseluruhannya.

Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCTAD) memberitahu bahawa nisbah produk China dalam jumlah nilai eksport sejagat meningkat ke 15 peratus pada 2021 dari 13 peratus pada 2019.

"Pada 2020 iaitu ketika baru tercetusnya wabak COVID-19, 83 peratus pelitup muka yang diimport oleh AS adalah dari China, dua pertiga baju pelindung adalah dari China dan 90 peratus peti sejuk yang khusus untuk menyimpan vaksin adalah dari China," nyata UNCTAD.

Pencegahan dan pengawalan wabak China memainkan peranan besar dalam menstabilkan rantaian perindustrian dan pembekalan global, sekali gus memenuhi keperluan pembendungan wabak seluruh dunia.

Berdasarkan statistik Kementerian Perdagangan China baru-baru ini, jumlah penggunaan modal asing di negara ini mencatat RMB798.33 bilion (RM519.48 bilion) pada Januari hingga Julai, meningkat 17.3 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Untuk rekod, empat negara pelabur utama terhadap China ialah Amerika Syarikat (AS), Jepun, Korea Selatan dan Jerman. Antaranya, pelaburan dari AS meningkat 36.3 peratus.

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mutakhir ini turut menaikkan kadar RMB dalam Hak Pengeluaran Khas (SDR) dari 10.92 peratus ke 12.28 peratus, yang turut mencerminkan keyakinan dunia terhadap kestabilan ekonomi dan pasaran kewangan China.

Selain itu, Indeks Harga Pengguna (IHP) China naik 1.7 peratus, jauh lebih rendah berbanding tahap Eropah dan AS.