Xi Jinping Utus Kawat Sempati kepada Presiden Pakistan

2022-08-29 20:53:26  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping hari ini mengutus kawat kepada rakan sejawatnya dari Pakistan, Arif Alvi untuk menyampaikan sempati atas bencana banjir yang serius yang melanda negara itu.

Xi menekankan bahawa bencana banjir yang dahsyat telah mengakibatkan ramai orang kehilangan jiwa dan cedera serta kerugian harta benda yang besar. Xi mewakili rakyat dan kerajaan China serta beliaunya sendiri menzahirkan rasa duka cita kepada mangsa yang korban dan menyampaikan sempati kepada waris mangsa.

Xi mengatakan bahawa selaku rakan kongsi strategi semua aspek dan sahabat yang tegar, China dan Pakistan sekian lama mengatasi kesukaran bersama-sama dan bantu-membantu, berganding bahu menangani cabaran besar termasuk bencana alam. Selepas bencana banjir kali ini berlaku, China segera menghulurkan bantuan dan akan meneruskan bantuan kecemasan kepada Pakistan untuk menyokong usaha menyelamatkan bencana negara itu. Xi yakin atas usaha kerajaan dan rakyat Pakistan, penduduk di kawasan bencana pasti akan mengatasi bencana itu dan membangunkan semula kampung halaman mereka.

Pada hari yang sama, Perdana Menteri China, Li Keqiang mengutuskan kawat sempati kepada rakan sejawatnya dari Pakistan, Muhammad Shehbaz Sharif.