Kru Shenzhou-14 Bersiap Sedia untuk EVA

2022-08-29 16:47:35  cri
Share with:

 


Kru Shenzhou-14 kini bersiap sedia untuk menjalani aktiviti luar kenderaan (EVA) pertama dengan rangkaian aktiviti termasuk latihan fizikal dan pemeriksaan pakaian angkasa di modul eksperimen Wentian.

Kerja persediaan termasuk pemeriksaan pakaian angkasa untuk memastikan keselamatan dan kelancaran EVA.

Difahamkan, pakaian angkasa lepas generasi baharu bernama Feitian, yang bermaksud terbang ke angkasa lepas, pernah dipakai dalam 4 misi EVA oleh anak kapal Shenzhou-12 dan Shenzhou-13.

Pakaian angkasa lepas ini kini berada di Wentian dan sedang menunggu misi seterusnya.

Sejak tiba di stesen angkasa Tiangong pada Jun, kru Shenzhou-14 iaitu Chen Dong, Liu Yang dan Cai Xuzhe melakukan senaman sekurang-kurangnya dua jam setiap hari untuk mejaga kesihatan.

Agensi Angkasa Lepas China turut mengeluarkan rakaman menunjukkan angkasawan Liu Yang sedang bersenam dengan basikal angkasa sambil memakai alat pernafasan khas, yang boleh menguatkan fungsi jantung dan paru-paru.

China melancarkan Wentian, modul eksperimen pertama bagi stesen angkasanya Tiangong, pada 24 Julai. Modul eksperimen kedua Mengtian dijangka akan dilancarkan pada Oktober.