China Pastikan Semua Penduduk Luar Bandar Minum Air yang Selamat

2022-08-29 13:15:46  CRI
Share with:

 

Puluhan ribu projek keselamatan air minuman luar bandar yang dilancarkan di China pada sepuluh tahun lalu memperlihatkan keazaman dan kemahuan kerajaan negara ini bagi memastikan semua penduduk di luar bandar dapat minum air yang selamat. 

Inilah foto pemerhatian satelit di kaunti autonomi etnik Dongxiang, Linxia, provinsi Gansu, barat laut China.

 

Dalam tempoh sedekad lalu, 8 loji air dan 603 kolam simpanan telah dibina di kaunti ini dengan panjang keseluruhan saluran paip air berukuran lebih 7,200 kilometer.

 

Pada masa ini, lebih 300,000 penduduk di Dongxiang menikmati air yang bersih serta selamat, dan tidak perlu lagi bergantung kepada keldai dan unta untuk mengangkut air atau kolam untuk menyimpan air.

 

Difahamkan, terdapat lebih 500,000 projek bekalan air di luar bandar yang seumpamanya di serata China.

Di Hangjinqi, Wilayah Mongolia Dalam, utara China, para penduduk tidak perlu lagi risau tentang kekurangan air, dan mereka bahkan dapat menternak pula lembu dan biri-biri dengan adanya air bersih serta selamat.

 

Penduduk dari kaunti Baojing, provinsi Hunan, tengah China pula bukan sahaja memanfaatkan air bersih dan selamat, malah turut berjaya membangunkan industri penanaman pic dan Hemerocallis citrina Baroni.

 

Dalam pada itu, penduduk di demi Getou, kawasan pergunungan di provinsi Guizhou, barat daya China turut dapat menjana pendapatan bergantung kepada pelancongan inap desa berikutan terdapatnya bekalan air yang bersih dan selamat.

 

Kini, kadar penembusan air paip di kawasan luar bandar merekodkan 84% di negara China.

 

Di samping menyampaikan air minuman yang bersih dan selamat kepada ratusan juta penduduk desa, ia juga mendinamikkan pembangunan desa di negara China.