China Pergiatkan Pembangunan Tamadun Internet

2022-08-29 13:17:37  CRI
Share with:

Persidangan Tamadun Internet China membuka tirainya di bandar Tianjin China pada Ahad, dengan tujuannya mempergiatkan pembangunan tamadun Internet, dan menyediakan platform untuk pelbagai negara berkongsi pengalaman, memamerkan hasil yang tercapai dan mencari inspirasi.

Persidangan ini terdiri daripada forum utama, Forum Sidang Kemuncak mengenai Pembinaan Integriti di Ruang Siber, 10 sub-forum, Pameran Pencapaian China dalam Pembinaan Tamadun Internet pada Era Baharu dan pelbagai aktiviti yang bertema tamadun siber.

Perbincangan para hadirin tertumpu kepada topik yang meliputi pembangunan isi kandungan, ekologi dan tadbir urus berasaskan undang-undang di ruang siber serta perlindungan maklumat peribadi dalam sub-forum terbabit.

Perisytiharan mengenai bersama-sama mempergiatkan pembangunan tamadun Internet untuk era baharu yang dikeluarkan persidangan edisi ini mengandungi enam konsensus melibatkan hala tuju, ekologi, tata laku, budaya dan keselamatan dalam dunia siber.