China Buahkan Hasil Ketara dalam Pembaharuan Mekanisme Pencegahan dan Kawalan Bencana

2022-08-30 15:08:37  CRI
Share with:

Naib Menteri Pengurusan Kecemasan China, Zhou Xuewen berkata, hasil ketara dibuahkan setelah pembaharuan diamalkan terhadap mekanisme pencegahan, pengurangan risiko dan penyelamatan bencana di negara ini.

Dalam sidang media yang diadakan Jabatan Seranta Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China pada pagi tadi, Zhou berkata, mekanisme baharu telah dibentuk untuk mewujudkan integrasi dalam usaha pencegahan, pengurangan risiko dan penyelamatan bencana bagi menyatupadukan tenaga, mengekalkan status respons kecemasan sepanjang masa bagi menjamin keselamatan nyawa dan harta benda rakyat.

Di samping itu, taraf pencegahan dan kawalan bencana telah ditingkatkan di negara ini dengan merangkumi tinjauan komprehensif bencana alam di seluruh negara, pengukuhan terhadap bangunan dan kemudahan di kawasan rawan gempa bumi, penaiktarafan terhadap kemudahan kawalan banjir dan kemarau serta pelaksanaan projek pemindahan dan penempatan semula penduduk dari kawasan bencana geologi.   

Selain itu, peruntukan dalam penyelidikan sains dan teknologi, bahan keperluan dan kemudahan bagi usaha pencegahan, pengurangan risiko dan penyelamatan bencana sudah ditingkatkan, dan sama juga sokongan dan jaminan secara komprehensif di negara ini yang melibatkan pembinaan pusat penyelamatan kecemasan di enam kawasan dalam senario kebangsaan.  

Untuk rekod, bilangan kematian dan kehilangan mangsa, jumlah bangunan yang runtuh akbiat bencana, serta  nisbah kerugian ekonomi langsung akibat bencana dalam Keluaran Dalam Negara Kasar di negara ini masing-masing menurun 51.6 peratus、73 peratus dan 44 peratus secara puratanya pada setiap tahun dari 2018 hingga 2021, berbanding dengan tempoh lima tahun sebelum pembaharuan diamalkan terhadap mekanisme menangani kecemasan di negara ini.