CIFTIS 2022 Buka Tirai Esok

2022-08-30 14:37:09  CRI
Share with:

Pameran Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa China (CIFTIS) 2022 yang bertemakan "Kerjasama Perkhidmatan Galakkan Pembangunan, Inovasi Hijau Permudahkan Masa Depan" akan diadakan di Pusat Persidangan Beijing dan Taman Perindustrian Shougang pada 31 Ogos hingga 5 September.

Difahamkan, kawasan pameran kali ini adalah seluas 152,000 meter persegi, iaitu 26,000 meter persegi lebih besar berbanding tahun lalu, dan CIFTIS 2022 turut menarik penyertaan secara fizik lebih 400 syarikat dalam senarai 500 Syarikat Terhebat di dunia. 

Emiriah Arab Bersatu (UAE) iaitu negara tetamu utama untuk CIFTIS kali ini, akan mempamerkan pelbagai perkhidmatan dan inovasi termasuk perkhidmatan penerbangan, kewangan, pembuatan maju, serta kebudayaan.

Pada masa sama, 33 negara termasuk Belanda, Austria, Portugal akan menubuhkan "ruang pameran awan" yang boleh dikunjungi pengunjung seluruh dunia secara dalam talian pada bila-bila masa.

Untuk rekod, Jepun akan bekerjasama dengan enam firma e-dagang rentas sempadan untuk memaparkan produk bermutu tinggi, manakala Belgium akan mempromosikan iklim perniagaan dan pelaburan baik di Brussels, sementara Itali  pula akan menubuhkan "platform perkhidmatan tarik pelaburan" kepada pelabur China yang berpotensi.