Tanam Sayur-sayuran di Ruang Angkasa

2022-08-31 13:13:26  CRI
Share with:

 Baru-baru ini, klip video kru angkasawan Shenzhou-14 China yang menanam sayur-sayuran di stesen angkasa mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan warganet.

 

Video tersebut menunjukkan tempat angkasawan China "menanam sayur" iaitu modul eksperimen Wentian yang baru bercantum dengan modul teras selama lebih sebulan.

 

Pelbagai kerja dalam orbit dijalankan dengan teratur oleh kru angkasawan dan salah seorang daripadanya, Cai Xuzhe kelihatan sedang menjaga sampel biologi.

 

Eksperimen menanam sayur-sayuran di angkasa membawa makna signifikan bagi umat manusia mendapatkan vitamin ketika hidup di ruang angkasa dalam jangka masa panjang pada masa depan.