CIFTIS 2022 Bukai Tirai

2022-08-31 13:48:39  CRI
Share with:

Pameran Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa China (CIFTIS) 2022 yang dijadual berlangsung selama enam hari membuka tirainya di Beijing, hari ini.

Sebagai pameran komprehensif yang berskala paling besar dalam bidang perkhidmatan, penganjuran CIFTIS edisi kali ini turut menyambut ulang tahunnya yang ke-10.

Difahamkan, CIFTIS kali ini menarik penyertaan 71 negara dan pertubuhan antarabangsa dengan jumlah keluasan pameran 152,000 meter persegi.

Dalam tempoh sedekad lalu, CIFTIS turut menjadi saksi kepada pembangunan pesat perkhidmatan China dengan skala industri perkhidmatan China meningkat secara berterusan, manakala nilai tambahan industri perkhidmatan meningkat 1.49 kali ganda.

Perdagangan perkhidmatan luar turut mengekalkan kecenderungan peningkatan dengan kadar peningkatan 6.1 peratus, iaitu 3.1 peratus lebih tinggi daripada kelajuan purata masyarakat antarabangsa.

Sektor perdagangan perkhidmatan China menduduki tempat kedua di dunia selama lapan tahun berturut-turut.

Objektif CIFTIS adalah untuk menyambungkan pasaran perkhidmatan China dengan negara luar, di samping menggalakkan perkhidmatan domestik ke luar demi meningkaktan daya saingan negara.

Ia termasuk dengan menjadikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) sebagai langkah penting dalam strategi negara, menyokong syarikat China mengadakan kerjasama pelaburan dan perkhidmatan dalam pelbagai bentuk.

Pada masa sama, China turut menunjukkan daya tarikan dalam perkhidmatan bermutu tinggi dari negara asing untuk memenuhi keperluan rakyat terhadap kesejahteraan hidup, secara tidak langsung menyediakan peluang perniagaan kepada syarikat luar.

Selain pameran khas meliputi sembilan bidang termasuk perkhidmatan maklumat, telekomunikasi dan komputer, perkhidmatan kewangan, pelancongan kebudayaan, sukan, serta persekitaran, CIFTIS kali ini akan turut mengadakan Sidang Kemuncak, sidang media tentang pengumuman hasil terkini, selain menyedikan 163 sidang dan forum dalam agenda.

Dalam tempoh 10 tahun lalu, CIFTIS bersama Ekspo Import dan Eksport China (Canton fair), Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) menjadi platform keterbukaan China yang penting kepada luar, serta turut menggabungkan China dengan dunia untuk bersama-sama menikmati peluang pembangunan.