Dua Angkasawan China Berjaya Keluar dari Modul Eksperimen Wentian

2022-09-01 21:40:33  CRI
Share with:

Angkasawan China yang menjalankan misi kapal angkasa lepas Shenzhou-14, Chen Dong berjaya membuka pintu modul eksperimen Wentian pada pukul 6:26 petang waktu Beijing dan beliau bersama-sama dengan angkasawan Liu Yang keluar dari modul itu pada pukul 7:09 malam.

Menurut Jabatan Penerbangan Angkasa Lepas Bermanusia China (CMSA), kedua-dua angkasawan sekarang sudah menyelesaikan kerja memasang peranti penyekat kaki dan platform kerja luar kenderaan, kemudian akan menjalankan siri pemasangan kelengkapan di luar kabin dengan bantuan dari lengan mekanikal kecil. Serentak itu, angkasawan Cai Xuzhe yang berada di dalam modul teras bertugas menjalankan kerja sokongan sepanjang berlangsungnya aktiviti kedua-dua angkawasan itu.