AS Putarbalikkan Hakikat Lagi

2022-09-01 13:40:58  CRI
Share with:

Menyentuh laporan tentang Timbalan Jurucakap Senat Amerika Syarikat (AS) yang menyatakan respons China terlalu melampau dan merupakan tindakan provokasi, ketika beliau menjawab soalan wartawan berhubung situasi Selat Taiwan, Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian dalam sidang akhbar semalam mengulas pendakwaan pegawai AS tersebut sebagai perbuatan yang memutarbalikan hakikat.

Menurut Zhao, kapal tentera AS kerap kali menunjuk-nunjuk ototnya di kawasan laut sekitar China, dan sekarang ini kerajaannya mendakwa China yang mencetuskan provokasi. Perbuatan AS yang begitu memutarbalikkan hakikat ini pasti mengundang bantahan China dan masyarakat antarabangsa.

Selain digesa berhenti memutarbalikkan prinsip “Satu China”, AS juga didesak mengamalkan tata tertib asas hubungan antarabangsa yang menghormati kedaulatan dan keutuhan wilayah negara lain serta tidak bermain campur tangan. Zhao menegaskan lagi, AS tidak boleh selalu berlari dari memikul tanggungjawab yang wajar, bertindak 'orang maling berteriak maling',  bahkan mencuba mencetuskan krisis lebih berbahaya, melainkan kembali ke landasan betul dengan mematuhi tiga "Pengumuman Bersama China-AS” dan prinsip “Satu China”.