Han Zheng Hadiri Sidang Kemuncak Perdagangan Perkhidmatan Global CIFTIS

2022-09-01 11:51:31  CRI
Share with:

Sidang Kemuncak Perdagangan  Perkhidmatan Global dalam kerangka Pameran Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa  China (CIFTIS) edisi tahun 2022 telah dirasmikan di Beijing pada Rabu. Naib  Perdana Menteri, Hu Chunhua membaca surat tahniah Presiden Xi Jinping, kemudian  Naib Perdana Menteri, Han Zheng menyampaikan ucaptama pada majlis perasmian  tersebut.

Menurut Han, surat tahniah  dari Presiden Xi memperlihatkan kerajaan China peka terhadap kemakmuran  perdagangan perkhidmatan dalam senario  global.

Han mengemukakan empat  saranan, iaitu mempertahankan prinsip inklusif bagi menyediakan persekitaran  yang kondusif; menjunjung tinggi inovasi dan memperhebat kerjasama dalam bidang  digital; memperkenalkan pengeluaran, perdagangan dan penggunaan hijau dalam  perdagangan perkhidmatan; dan membangunkan wahana kerjasama penting agar  membuahkan lebih banyak hasilan yang substantif.