Xi Kirim Surat Tahniah kepada CIFTS

2022-09-01 07:26:00  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping mengirim surat tahniah kepada Pameran Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa China (CIFTIS) 2022 semalam.

 

Xi menyatakan bahawa CIFTIS merupakan platform bagi China meningkatkan tahap keterbukaan, memperkasakan kerjasama dan memacu inovasi, yang telah menyumbang kepada industri perkhidmatan dan perdagangan perkhidmatan sejagat. China kekal menggalakkan pembangunan berkualiti tinggi berdasarkan peningkatan tahap keterbukaan, terus memperluas akses pasaran sektor perkhidmatan, meningkatkan tahap keterbukaan perdagangan perkhidmatan rentas sempadan, menyempurnakan pelbagai fungsi milik platform yang terbuka dan berusaha membentuk sistem yang terbuka yang standardnya tinggi untuk sektor perkhidmatan.

 

Xi menekankan bahawa China bersedia bersama-sama dengan negara lain mengekalkan amalan multilateralisme, bekerjasama dan memperjuangkan pencapaian yang menang-menang, berganding bahu menggalakkan ekonomi perkhidmatan yang bersifat terbuka dan berkongsi demi menyuntik momentum kepada pemulihan dan pembangunan ekonomi dunia.

 

CIFTIS 2022 yang bertemakan "Kerjasama Perkhidmatan Galakkan Pembangunan, Inovasi Hijau Permudahkan Masa Depan" diadakan di Beijing pada 31 Ogos hingga 5 September.