Jumlah Pengguna Internet Catat 1.051 Bilion di China

2022-09-01 15:16:03  CRI
Share with:

"Laporan Statistik Pembangunan Siber China" ke-50 yang diumumkan Pusat  Informasi Rangkaian Siber China (CNNIC) di Beijing semalam mendedahkan, jumlah  pengguna internet negara ini telah mencatat 1.051 bilion, bertambah 19.19 juta  berbanding Disember 2021. 74.4% populasi dilaporkan terlibat dalam penggunaan  internet setakat bulan Jun tahun ini. Selain itu, masa penggunaan internet  berpurata 29.5 jam bagi setiap orang setiap minggu, manakala 99.6% penggunaan  internet adalah melalui telefon pintar.

Sementara itu, setakat Jun lalu, jumlah nama domain mencatat 33.8 juta  di China, antaranya 17.86 juta bernama dengan  ".CN".

Dalam  konteks pembinaan infrastruktur informasi, rangkaian gentian optik gigabit yang  beroperasi di seluruh China mampu merangkumi 400 juta keluarga, manakala  terdapat sebanyak 1.854 juta stesen pangkalan 5G yang berada dalam operasi  setakat Jun 2022. Selain itu, 58.8% populasi desa negara ini mempunyai akses ke  internet, naik 1.2% berbanding Disember tahun yang lalu.