Angkasawan Shenzhou-14 Berjaya Selesaikan Misi EVA

2022-09-02 13:38:17  CRI
Share with:

Agensi Angkasa Lepas Bermanusia China (CMSA) memaklumkan kru angkasawan Shenzhou-14 Chen Dong, Liu Yang dan Cai Xuzhe berjaya menyelesaikan misi aktiviti luar kenderaan (EVA) selama enam jam tepat pukul 12.33 awal pagi tadi.

Kini, Chen Dong dan Liu Yang telah kembali ke kabin eksperimen Wentian dengan selamat, sekali gus menandakan kejayaan EVA kali ini.

Untuk rekod, ini merupakan kali pertama angkasawan menjalankan aktiviti di luar kabin eksperimen Wentian, dengan bantuan lengan mekanikal kecil.

Dalam tempoh tersebut, ketiga-tiga angkasawan bekerjasama untuk menyelesaikan misi seperti mengangkut kamera panoramik di kabin Wentian, pengesahan pemulangan kecemasan autonomi di luar kabin dan lain-lain.

Keseluruhan proses tersebut iaitu menguji keupayaan angkasawan untuk bekerjasama dengan lengan mekanikal kecil serta mengesahkan fungsi peralatan yang berkaitan berjalan dengan lancar dan jayanya.