Festival Kesenian China ke-13 Dirasmikan di Beijing

2022-09-02 15:52:49  CRI
Share with:

Gala malam kesenian yang bertema "Berjuang dalam Era Baharu, Mara Menuju Pelayaran Baharu" telah dirasmikan di Panggung Kebangsaan China di Beijing pada Khamis, melambangkan bermulanya Festival Kesenian China ke-13.

Perasmian festival itu diumumkan oleh Ketua Jabatan Seranta Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Huang Kunming.

Festival Kesenian China yang disifatkan sebagai temasya kebudayaan dan kesenian yang baik tarafnya mahupun prestasinya paling tinggi di negara ini, merangkumi pertunjukan karya seni pentas yang unggul dari seluruh negara, pameran karya seni halus, kaligrafi dan ukiran cap serta fotografi,  pameran khas untuk memperingati ulang tahun ke-80 Ucapan Mendiang Pengerusi Mao Zedong pada Forum Yan'an mengenai Kesusasteraan dan Kesenian, dan ekspo seni persembahan serta produk budaya dan kreatif.

Turut hadir, Naib Perdana Menteri China, Sun Chunlan.