Santapan Minda: Kebajikan Rakyat, Kunci Pentadbiran Negara

2022-09-02 11:36:07  CRI
Share with:

Kebajikan rakyat kunci pentadbiran negara.


Huraian:

Ungkapan ini petikan Shiji atau Records of the Grand Historian yang dihasilkan Sima Qian, sejarawan tersohor pada Dinasti Han Barat. 

Ia membawa maksud bahawa kebajikan dan kesejahteraan rakyat diletakkan sebagai asas dalam amalan mentadbir negara. Kerajaan yang baik mestilah sentiasa prihatin kepada rakyatnya.

Ungkapan berkenaan masih relevan hingga kini apabila kerajaan China menterjemahkan prinsip itu dalam bentuk dasar, inisiatif atau tindakan praktikal lain untuk menambah baik kehidupan masyarakat. Yang susah dibantu, yang lemah dipapah. Itulah lambang keprihatinan kerajaan terhadap rakyat.