Tentera China Kenang Pahlawan yang Terkorban Menentang Pencerobohan Jepun

2022-09-03 15:15:19  CRI
Share with:

Bersempena dengan ulang tahun ke-77 kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Tentera Jepun pada 3 September ini, siri aktiviti diadakan di kem-kem tentera serata negara untuk memperingati pahlawan yang terkorban dan menginsafi aspirasi asal, sekali gus menunjukkan tekad untuk memperjuangkan prestij baharu dan mengukuhkan keupayaan angkatan tentera.

Terdapat anggota tentera yang diatur mengunjungi bilik pameran bahan sejarah atau mendengar pengisahan berhubung perjuangan menentang pencerobohan, sambil menyingkap kembali para pahlawan yang bersemangat kewiraan pada zaman dulu dan berikrar untuk menyemarakkan semangat dalam memperjuangkan pencapaian yang cemerlang di medan pertempuran bagi memelihara kedaulatan dan keutuhan tanah air.