China Selesaikan Tugas Pengerusi Bergilir UNSC dengan Sempurna

2022-09-03 16:12:58  CRI
Share with:

China telah menyelesaikan dengan sempurna tugas selaku pengerusi bergilir Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) pada bulan Ogos, kata jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian dalam taklimat media pada Jumaat. 

Zhao mengatakan, dalam tempoh sebulan, China selaku pengerusi bergilir UNSC mendorong pelbagai pihak menjunjung semangat dialog dan kerjasama, mengekalkan konsep keselamatan yang sama, pragmatik dan inklusif, bersama-sama membina rangka keselamatan yang seimbang, berkesan dan inklusif di samping memelihara keselamatan yang sama.

Tambah Zhao, China akan bersama-sama dengan para anggota UNSC dan anggota PBB terus menyumbang kepada usaha membina komuniti berkongsi nasib sesama insan.