OHCHR Dipersoalkan kerana Reka Laporan Berdasarkan Maklumat Palsu

2022-09-03 16:10:51  CRI
Share with:

China menyeru negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mempersoalkan Pejabat Pesuruhjaya Kanan PBB bagi Hak Asasi Manusia (OHCHR) yang menyiarkan satu laporan melibatkan isu Xinjiang berdasarkan maklumat palsu.

Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian pada sidang media Jumaat.

Menurut beliau, laporan  yang penuh dengan maklumat palsu itu merupakan rekaan kem Barat diwakili Amerika  Syarikat (AS) demi tujuan politik, dan sama sekali tidak sah.

Menurut pendapat umum arus  perdana dalam masyarakat antarabangsa, laporan itu bukan sahaja menghadapi bantahan, tetapi juga menjadikan tekanan yang diberikan AS kepada OHCHR bagi mendesaknya menerbitkan laporan itu  terdedah.

Kebelakangan ini, lebih 60  buah negara telah mengirim suarat kepada OHCHR bagi menyuarakan pendapat mereka bahawa urusan Xinjiang adalah hal ehwal dalaman negara China dan hendaklah  menumpukan perhatian terhadap perbuatan OHCHR yang dipersoalkan, iaitu menggubal apa yang disebut 'laporan' tanpa mandat. Sementara itu, hampir 1,000 pertubuhan bukan kerajaan pun telah mengemukakan bantahan tajam kepada OHCHR yang tanpa mandat menghasilkan satu laporan yang tidak selaras dengan realiti.  

Sebagai sebahagian Sekretariat PBB, OHCHR dikehendaki menaati dan melindungi Piagam PBB, memelihara kedaulatan negara anggotanya, dan tidak mencampur tangan dalam urusan dalaman  negara anggotanya. China tidak berganjak daripada menempuh jalan pembangunan hak asasi manusia yang sesuai dengan tata hukum negara sendiri, di samping komited menyumbang kepada kemajuan hak asasi manusia baik di dalam negeri mahupun dalam senario global.