Wang Yi Bersuara dalam Seminar Antarabangsa Ulang Tahun ke-40 UNCLOS

2022-09-03 15:05:14  CRI
Share with:

Ahli Dewan Negara China merangkap Menteri Luar, Wang Yi bersuara dalam majlis perasmian seminar antarabangsa bagi memperingati ulang tahun ke-40 Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu tentang Undang-undang Laut (UNCLOS) melalui pautan video pada 1 September lalu.

Wang berkata, UNCLOS yang berkuatkuasa secara rasmi pada tahun 1982 telah membuka lembaran baharu dalam tadbir urus maritim sejagat.

Selaku negara membangun yang besar dalam bidang maritim, China giat menyertai rundingan mengenai UNCLOS sepanjang prosesnya berdasarkan pertimbangan terhadap baik kepentingan sendiri mahupun kepentingan masyarakat antarabangsa dan turut merupakan antara negara paling awal menandatangani konvensyen itu. China sentiasa berpendirian menghormati fakta sejarah dan memilih menjalankan rundingan dalam suasana muhibah dengan negara berkenaan untuk menyelesaikan persengketaan mengenai laut berdasarkan undang-undang antarabangsa termasuk UNCLOS.

Wang menekankan bahawa pada titik tolak yang baharu ini, kita perlu mendorong pembangunan lestari laut, memelihara keamanan laut melalui dialog dan rundingan, mengekalkan kerjasama antarabangsa untuk melindungi ekopersekitaran laut dan menyempurnakan tadbir urus laut sejagat. China bersedia bersama-sama dengan pelbagai pihak terlibat mewujudkan tadbir urus laut sejagat pada tahap lebih tinggi dan menyumbang kepada peningkatan kesejahteraan manusia dalam bidang laut.