Sains Teknologi Pintar, Tumpuan dalam CIFTIS 2022

2022-09-04 15:52:02  CRI
Share with:


Hari ini (4 September) hari ke-4 sejak berlangsungnya Pameran Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa China (CIFTIS) 2022 di Beijing, dan turut menyaksikan sains dan teknologi pintar muncul sebagai tumpuan pengunjung.

Kecerdasan Buatan (AI), kelengkapan VR, Metaverse, aplikasi 5G dan sebagainya merupakan antara pameran utama dalam CIFTIS tahun ini yang sudah dijadikan tapak untuk mengumumkan dan menerbitkan sejumlah teknologi dan pencapaian baharu secara berturut-turut. Meneroka pasaran perdagangan perkhidmatan global melalui langkah pendigitalan juga mendapat perhatian besar dari sektor korporat.

Pada hari ke-4 CIFTIS, sebanyak 32 forum, mesyuarakat dan persidangan promosi bakal diadakan termasuk 19 yang bakal diadakan di Pusat Konvensyen Negara, 12 diadakan di Taman Shougang dan satu diadakan dalam talian.

Pada hari yang sama, aktiviti kebudayaan termasuk sulam-menyulam dan melukis gambar turut diadakan dalam kerangka pameran perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan, sedangkan kempen promosi melibatkan aplikasi hasil inovasi dan kesejahteraan rakyat  juga akan berlangsung dalam kerangka pameran perkhidmatan kesihatan di CIFTIS 2022.