Metaverse Jadi Tumpuan CIFTIS 2022

2022-09-05 14:14:49  CRI
Share with:

Teknologi metaverse menjadi tumpuan dalam Pameran Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa China (CIFTIS) 2022 yang diadakan di Beijing secara hibrid pada 31 Ogos hingga 5 September. 

Tahun ini, CIFTIS buat pertama kalinya menyediakan ruang pameran khas bertemakan ‘Industri Metaverse’ yang seluas hampir 10,000 meter persegi bagi mempamerkan sistem teknologi berkenaan secara menyeluruh.

Pelbagai aktiviti interaktif yang menarik membolehkan orang ramai lebih memahami teknologi metaverse.