CIFTIS: Produk Berkualiti Asing Curi Perhatian Ramai

2022-09-05 12:39:30  CRI
Share with:

Pameran Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa China (CIFTIS) 2022 diadakan di Beijing bermula 31 Ogos hingga 5 September. Antara barangan dipamerkan yang mencuri perhatian pengunjung termasuk produk kecantikan dan makanan keluaran Jepun, buah-buahan Filipina, permaidani buatan tangan dari Pakistan, baju tradisional corak batik dari Malaysia dan sebagainya.

Pengunjung berbaris panjang di gerai pameran Korea Selatan untuk merasai sendiri pengalaman integrasi teknologi realiti maya (VR).

Terdapat 71 negara dan pertubuhan antarabangsa menyertai pameran kali ini, manakala lebih daripada 400 syarikat Fortune Global 500 mengambil bahagian dalam pameran berkenaan secara fizikal.