7 Maut dalam Gempa Bumi di Sichuan

2022-09-05 16:38:55  CRI
Share with:

Gempa bumi berukuran 6.8 pada skala Richter melanda Luding, kawasan Ganzi, provinsi Sichuan, China, mengakibatkan 7 orang maut.

Kerajaan tempatan dalam sidang media pada petang tadi memaklumkan, seramai 635 orang yang terdiri daripada anggota bomba, polis bersenjata, kakitangan perubatan dan jaminan kelancaran pengangkutan telah dikerahkan untuk menjalankan misi menyelamat.

Dalam pada itu, seramai 300 anggota penyelamat telah tiba di pusat gempa dan dron turut digunakan dalam operasi berkenaan.