Forum CIFTIS Bincang Sukan Digital Dunia

2022-09-05 13:10:58  CRI
Share with:

Forum Kemuncak Sukan Digital Global Pasca Suklan Olimpik Musim Sejuk anjuran bersama China Youth Daily dan Shougang Sports diadakan di Taman Shougang, Beijing pada Ahad.  

Sebagai salah satu daripada tiga forum sukan sempena Pameran Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa China (CIFTIS) 2022, forum kemuncak tersebut memfokuskan tema "sukan digital".

Para peserta telah mengadakan perbincangan tentang pengalaman praktikal dan hasil inovatif Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing, serta peranan sukan digital dalam strategi pembangunan negara.