NSA Dalang di Sebalik Serangan Siber di Universiti China

2022-09-05 13:08:45  CRI
Share with:

Pusat Respons Kecemasan Virus Komputer Negara China (NCVERC) dan syarikat 360 masing-masing mengeluarkan laporan siasatan mengenai serangan siber dari luar negara terhadap Universiti Politeknik Barat Laut (NPU) China hari ini.

Laporan itu mendapati bahawa Pejabat Operasi Pencerobohan Khas (TAO) di bawah Agensi Keselamatan Negara (NSA) Amerika Syarikat (AS) telah melakukan puluhan ribu kali serangan siber berniat jahat terhadap sasaran di China. Mereka telah mengawal peralatan rangkaian berkaitan dan disyaki telah mencuri data bernilai tinggi.

Menurut laporan tersebut, TAO telah menggunakan lebih 40 senjata serangan siber khas yang berbeza ketika menyerang NPU untuk mencuri rahsia dan data teras konfigurasi peralatan rangkaian utama, data pengurusan rangkaian dan lain-lain.  

Terletak di bandar Xi'an, provinsi Shaanxi, NPU ialah institusi pengajian tinggi (IPT) di bawah pimpinan Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat (MIIT) China.

Laporan penyiasatan tersebut juga menyebut, NSA telah melakukan serangan siber terhadap syarikat, jabatan kerajaan, IPT, pertubuhan perubatan dan penyelidikan sains China untuk jangka masa yang panjang.