CMG Jadi Agensi Penghasil Isyarat Penyiaran Olimpik Paris 2024

2022-09-06 14:38:19  CRI
Share with:

Kumpulan Media China (CMG) secara rasminya menjadi agensi penghasil isyarat penyiaran Sukan Olimpik Paris 2024 untuk kegunaan awam global, selepas ia menandatangani perjanjian kerjasama berkenaan dengan Perkhidmatan Penyiaran Olimpik (OBS) pada Isnin.

Menurut perjanjian itu, CMG akan menghasilkan isyarat awam antarabangsa untuk empat acara utama iaitu gimnastik (artistik, berirama dan trampoline), pingpong, badminton dan panjat batu. 

Kerjasama itu sekali gus menjadikan CMG agensi penyiar kebangsaan yang mengendalikan isyarat awam paling banyak untuk Sukan Olimpik Paris. 

Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach menerusi sepucuk surat menyampaikan perutusan tahniah kepada CMG atas kerjasama terbarunya dengan OBS.

Sementara itu, Presiden CMG, Shen Haixiong berkata penglibatan CMG dalam penyiaran temasya berkenaan memperlihatkan pengiktirafan IOC dan OBS terhadap keupayaan CMG dalam bidang teknologi serta membuat liputan acara sukan.

Ketua Pegawai Eksekutif OBS, Yiannis Exarchos memuji prestasi CMG dari segi inovasi dan aplikasi teknologi, keprofesionalan pasukan petugas serta kualiti program, sambil menyifatkannya sebagai rakan kongsi terbaik bagi OBS.

Kerjasama OBS-CMG dalam penyiaran Sukan Olimpik Paris 2024 merupakan satu peristiwa signifikan yang pasti akan melonjakkan kolaborasi kedua-dua pihak ke tahap baharu, katanya.