4,000 Pengguna Putus Elektrik di California

2022-09-07 13:47:31  CRI
Share with:

Syarikat Gas dan Elektrik Pasifik (PG&E) Amerika Syarikat (AS) pada Selasa memaklumkan bahawa bermula pukul 3.50 petang hari itu, hampir 4,000 pengguna di kawasan Sacramento Barat, California putus elektrik disebabkan cuaca gelombang haba. Masa pulihnya bekalan elektrik masih tidak dapat dipastikan. 

Dilaporan, kawasan pedalaman dan lembah di California dilanda gelombang haba pada bulan ini yang mengakibatkan suhu udara melebihi 43 darjah Celsius di kebanyakan kawasan dan grid tenaga California mencapai had penggunaan.

Dalam pada itu, pengendali sistem bebas grid California (ISO) memberi amaran bahawa gangguan berkemungkinan berlaku jika pengguna tidak mengurangkan penggunaan elektrik.