Xi Ucap Tahniah kepada Jair Messias Bolsonaro

2022-09-07 15:59:28  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping mengutus kawat tahniah kepada rakan sejawatnya dari Brazil, Jair Messias Bolsonaro sempena sambutan ulang tahun ke-200 kemerdekaan Brazil pada Rabu.

Xi menyatakan bahawa beliau dan Presiden Bolsonaro telah menghadiri Sidang Kemuncak BRICS ke-14 dan menggalakkan kerjasama negara-negara BRICS melakar kecemerlangan dan memberikan sumbangan kepada keamanan dunia.

Menurut beliau, hubungan China-Brazil berkembang stabil pada beberapa tahun lalu, dan membuahkan hasil cemerlangan dalam kerjasama pragmatik.

Xi mengatakan, China mengutamkan hubungan dengan Brazil, komited mengintensifkan hubungan perkongsian strategik komprehensif dengan negara itu, serta memberikan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara ini.