Amalkan Falsafah Pembangunan Baharu, Jimatkan Sumber Tenaga: Xi

2022-09-07 13:46:03  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping mempengerusikan Sidang ke-27 Jawatankuasa Peningkatan Pembaharuan Komprehensif Pusat pada petang Selasa.

Xi menegaskan, falsafah pembangunan baharu harus dilaksanakan secara lengkap, tetap dan komprehensif, di samping penjinmatan sumber tenaga harus dipergiat dalam segenap proses pembangunan sosioekonomi dalam segenap sektor.

Beliau mengatakan bahawa usaha harus dilakukan untuk meningkatkan pengawalan sumber tenaga, pengagihan secara saintifik, penjimatan, dan kitar semula. Sementara itu, meningkatkan keefesienan penggunaan sumber tenaga termasuk air, bahan makanan, tanah, perlombangan, bahan mentah dan lain-lain, serta mempercepat tranformasi kaedah pengunaan sumber tenaga.

Xi menyatakan, pihak-pihak berkaitan perlu berusaha meneroka dan menyelesaikan masalah dalam pembaharuan, membina sistem perubatan bermutu tinggi di kawasan luar bandar supaya memudahkan golongan petani untuk mendapat perkhidmatan perubatan yang adil dan sistematik.