China Kecam Serangan Terhadap Diplomat di Afghanistan

2022-09-07 13:53:41  cri
Share with:

China mengutuk sekeras-kerasnya serangan ganas ke atas institusi diplomatik dan diplomat. Demikian dinyatakan oleh jurcakap Kementerian Luar China, Mao Ning pada Selasa.

Menurut laporan bahawa letupan berlaku berhampiran Kedutaan Rusia di Afghanistan, membunuh sekurang-kurangnya 8 orang, termasuk 2 kakitangan kedutaan Rusia.

Mao Ning menegaskan bahawa China mengucapkan takziah kepada kakitangan kedutaan Rusia dan orang awam Afghanistan yang dibunuh dalam serangan tersebut.

"China berharap pihak berkuasa Afghanistan dapat mengambil tindakan yang lebih berkesan untuk menjamin keselamatan anggota diplomatik di Afghanistan.

"Masyarakat antarabangsa juga harus memainkan peranan membina demi memelihara keamanan, kestabilan dan keselamatan di Afghanistan." ujar beliau.