Xi Ucap Tahniah kepada Ruto Terpilih Presiden Kenya
2022-09-08 13:13:38 CRI
Presiden China, Xi Jinping mengutus kawat tahniah kepada William Samoei Ruto yang dipilih sebagai presiden Kenya, pada Rabu.
Xi menyatakan bahawa persahabatan antara China dengan Kenya bersejarah lama. Kerjasama dalam pelbagai sektor membuahkan hasil cemerlang pada beberapa tahun lalu.
Menurut beliau, China mementingkan perkembangan hubungan dengan Kenya dan bersedia mengintensifkan perkongsian strategik komprehensif China-Kenya agar ia dapat memberikan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.