China Berkeyakinan Atasi Bencana Gempa Bumi

2022-09-08 14:36:37  cri
Share with:

Sejak gempa bumi berlaku di Luding, provinsi Sichuan pada 5 September, beberapa negara telah menyampaikan rasa duka cita kepada China melalui pelbagai saluran di samping menyatakan kesediaan untuk memberikan bantuan kepada China. China ingin mengucapkan terima kasih kepada negara-negara tersebut atas sokongan dan bantuan itu.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning dalam sidang akhbar pada Rabu.

Mao menegaskan bahawa kerajaan China sedang berusaha sedaya upaya untuk melaksanakan kerja-kerja bantuan gempa bumi.

"Beberapa pasukan penyelamatan sudah bergegas ke kawasan bencana untuk melakukan operasi mencari dan menyelamatkan, merawat mangsa cedera, dan membaiki infrastruktur yang rosak dalam bencana. Kami berkeyakinan penuh untuk mengatasi bencana dan membina semula kampung halaman bagi mangsa terjejas."

Gempa bumi di Luding telah mengakibatkan 74 orang meninggal dunia, setakat pukul 2.00 petang Rabu.