Xi Galak Pelajar Program Latihan Guru ke Tempat yang Paling Diperlukan

2022-09-08 16:58:34  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping membalas surat kepada pelajar-pelajar yang menyertai program latihan "guru cemerlang" di Universiti Perguruan Beijing (BNU) pada Rabu lalu. Beliau menaruh harapan kepada pelajar-pelajar program itu, di samping menyampaikan tahniah kepada semua pensyarah, mahasiswa, kakitangan dan lulusan universiti itu sempena sambutan ulang tahun ke-120 BNU.

Selain itu, beliau juga mengucapkan mogaan baik kepada golongan guru di seluruh negara sempena Hari Guru ke-38 di negara ini.

Menurutnya, BNU adalah institusi pengajian tinggi (IPT) perguruan moden yang paling awal dibina di negara ini dan telah memupuk sejumlah besar tenaga pengajar yang cemerlang untuk negara. Beliau berharap universiti itu dapat mempertahankan moto iaitu "Belajar untuk mengajar orang lain; Berlaku menjadi teladan bagi semua", menghargai masa dan belajar tekun.

Para pelajar dinasihatkan agar pergi ke tempat yang paling diperlukan tanah air dan rakyat, berusaha menjadi guru yang cemerlang dan menyumbang tenaga untuk mendidik pembina dan pewaris sosialis yang baik dari segi moral, intelek, fizikal, estetika dan kerja.

"Rancangan Latihan Guru Cemerlang untuk Kawasan Kurang Maju di Bahagian Tengah dan Barat" atau ringkasannya program "guru cemerlang" dilancarkan pada 2021. Ia bertujuan untuk melatih kira-kira 10 ribu tenaga pengajar kepada sekolah rendah dan menengah di 832 kaunti kurang maju di tengah dan barat setiap tahun.