Xi: Tingkatkan Sokongan kepada PKS SRDI

2022-09-09 15:05:09  CRI
Share with:

Persidangan pembangunan perusahaan sederhana dan kecil (PKS) yang khusus, halus, unik dan inovasi(SRDI) kebangsaan 2022 dirasmikan di bandar Nanjing provinsi Jiangsu pada pagi Khamis lalu. Presiden China, Xi Jinping mengirim surat tahniah kepada persidangan kali ini.

Menurutnya, PKS berkaitan dengan semua rakyat dan merupakan tenaga penting untuk mendorong inovasi, menambah peluang pekerjaan dan peningkatan taraf hidup rakyat. Beliau berharap PKS SRDI berusaha dengan tabah demi meningkatkan kestabilan rantaian bekalan industri dan memainkan peranan yang lebih penting dalam pembangunan sosioekonomi.

Beliau menuntut kerajaan pelbagai peringkat melaksanakan pengaturan kerajaan pusat, mewujudkan iklim yang baik bagi pembangunan PKS, meningkatkan sokongan kepada PKS, mengukuhkan keyakinan perusahaan, menggalakkan perusahaan untuk menjalankan inovasi, meningkatkan perlindungan harta intelek dan mendorong tertubuhnya lebih banyak PKS SRDI.