PBB Bertafakur Atas Pemergian Ratu Elizabeth II

2022-09-09 12:27:57  CRI
Share with:

Sebelum bermulanya mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB)  petang Khamis(waktu tempatan), semua hadirin berdiri untuk bertafakur atas pemergian Ratu Elizabeth II.

Wakil Tetap Britain ke PBB, Barbara Woodward kemudian membuat ucapan ringkas bagi melahirkan rasa terima kasih kepada negara anggota terbabit atas perkabungan mereka.

Ratu Elizabeth II pernah dua kali melawat ibu pejabat PBB di New York dan menyampaikan ucapan. Sebelum ini, Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres mengeluarkan kenyataan demi melahirkan berdukacita dengan pemergian Ratu Elizabeth II. Beliau merakamkan ucapan takziah kepada keluarga diraja, kerajaan dan rakyat Britain serta Negara-negara Komanwel.