Semai Impian Jelajah Angkasa Sejak Kecil

2022-09-09 16:24:22  CRI
Share with:

Karya lukisan berjudul ‘Jatuh Cinta Sekilas Pandang’ ini dicipta oleh Sengsavan Chuangphaserd, seorang gadis berumur 15 tahun dari Laos

Dalam lukisan gadis itu, seorang angkasawan Laos yang mendukung seekor arnab kelihatan duduk berhadapan dengan seorang pari-pari di Bulan. Si pari-pari mengeluarkan kuih bulan dan menjemput angkasawan untuk merasainya.

Chuangphaserd turut berkongsi sumber inspirasinya untuk menghasilkan lukisan tersebut.  

“Sejak kecil lagi, saya pernah mendengar banyak cerita dongeng China tentang bulan, termasuk dewi Chang'e.

“Saya fikir jika angkasawan Laos dapat bersua Chang'e di langit, minum teh dan makan kuih bulan bersama-sama, ia pasti satu pengalaman yang indah,” katanya.

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-30 pelaksanaan program penerbangan angkasa lepas bermanusia China, yang turut akan menyaksikan siapnya pembinaan stesen angkasa China.

Sempena sambutan Pesta Kuih Bulan, belia tempatan dan asing mengirim salam kepada angkasawan China yang sedang bertugas di stesen angkasa Tiangong, sambil mengekspresikan impian mereka untuk menjelajah ruang angkasa menerusi berus lukis masing-masing.