China,AU Komited Perkasa Kerjasama

2022-09-09 15:06:22  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Senegal yang merangkap Pengerusi Bergilir Kesatuan Afrika (AU), Macky Sall saling mengutus perutusan tahniah atas ulang tahun ke-20 tertubuhnya AU dan hubungan diplomatik China-AU.

Xi mengataskan, AU mengetuai negara-negara Afrika melangkah ke depan dalam bekerjasama untuk mewujudkan kemakmuran, pembangunan dan integrasi. Selain itu, AU juga memainkan peranan penting dalam usaha melawan pandemik COVID-19, memelihara multilateralisme dan membela kepentingan bersama negara-negara membangun.

"China memberikan perhatian yang tinggi terhadap hubungan dengan AU dan bersedia bersama-sama Presiden Macky Sall dan negara-negara anggota AU untuk menyemarakkan semangat persahabatan dan kerjasama China-AU, melaksanakan sepenuhnya hasil yang dibuahkan dalam mesyuarat peringkat menteri ke-8 Forum Kerjasama China-Afika, sokong-menyokong dalam isu yang melibatkan kepentingan teras, terus memperluaskan perwakilan dan mempertahankan hak untuk bersuara negara-negara membangun dalam hal ehwal antarabangsa serta memberikan sumbangan baharu terhadap pembinaan Komuniti Berkongsi Nasib China-Afrika pada era baharu," kata Xi.

Macky Sall pula berkata, AU berpegang kepada prinsip satu China dan tegas menyokong kerjasama dengan China yang bersahabat dengan negara-negara Afrika untuk membina Komuniti Berkongsi Nasib China-Afrika pada era baharu.