Kajian Saintifik di Tapak Peninggalan Dinasti Guge Tibet

2022-09-09 11:13:57  CRI
Share with:


Satu skuad yang bermisi “sejarah dan impak aktiviti manusia” dalam kerangka Ekspedisi ke-2 Kajian Saintifik Qinghai-Tibet 2022 telah menjalankan tinjauan dan penyelidikan di runtuhan bekas ibukota Dinasti Guge (dati tahun 966 hingga 1630 Masihi) di kaunti Zanda, daerah Ali, wilayah Tibet.

Runtuhan yang luasnya 750 ribu meter persegi tersebut terletak di lokasi beraltitud kira-kira 3,900 meter. Sebanyak 1,416 tapak bangunan seperti gua tanah buatan, kubu dan pagoda putih telah dikesan di runtuhan peninggalan sejarah tersebut.