Malam Gembira Pesta Kuih Bulan CMG dapat Sambutan Baik

2022-09-11 14:41:57  CRI
Share with:

Malam Gembira Pesta Kuih Bulan Kumpulan Media China (CMG) 2022 yang disiarkan pada malam Sabtu telah memberikan pengalaman yang mesra dan romantik kepada penonton keturunan Cina di seluruh dunia semasa perayaan tradisional tersebut.

Selian disiarkan melalui saluran televisyen, Malam Gembira Pesta Kuih Bulan CMG juga buat kali pertama disiarkan serentak pada lebih 270 skrin LED besar di 70 bandar di China.

Setakat jam 10.00 malam Sabtu, malam gembira tersebut disiarkan secara langsung di pelbagai platform dan meliputi seramai 238 juta penonton.

Selain itu, Malam Gembira Pesta Kuih Bulan CMG juga memperoleh lebih daripada 500 topik hangat di platform media sosial China. Topik utama #Malam Gembira Pesta Kuih Bulan CMG# telah mendapat 6.6 bilion tontonan, topik berkaitan telah dibaca lebih 7.7 bilion kali, dan video yang  berkaitan ditayangkan lebih 900 juta kali di media sosial.