MFA Kemuka Bantahan kepada Kedutaan AS

2022-09-12 12:00:28  CRI
Share with:

Kementerian Luar (MFA) China mengemukakan bantahan keras kepada Kedutaan Amerika Syarikat (AS) berhubung serangan siber bersasar Universiti Politeknik Barat Laut (NPU) baru-baru ini.

Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Amerika Utara dan Oceania MFA, Yang Tao berkata, laporan siasatan yang dikeluarkan Pusat Respons Kecemasan Virus Komputer Negara China (NCVERC) dan syarikat 360 mengenai serangan siber berkenaan adalah sah dengan butiran yang lengkap.

Menurut Yang, ini bukan kali pertama kerajaan AS melakukan serangan siber seumpama terhadap institusi China dan mencuri maklumat sensitif.

Negara itu turut digesa supaya menghentikan serta-merta tindakan yang membongkar rahsia teknologi institusi China dan membahayakan keselamatan infrastruktur kritikal, institusi dan maklumat peribadi.