Mineral Bulan Punya Kandungan Air Tinggi

2022-09-12 13:52:59  CRI
Share with:

Kandungan air yang tinggi ditemui dalam sampel mineral yang dibawa balik dari permukaan Bulan oleh prob penyelidikan Chang'e-5.

Hasil kajian Institut Geokimia Akademi Sains China (IGCAS) mendapati bahawa mineral dalam tanah Bulan mempunyai air dalam kuantiti banyak yang berasal dari angin suria.

IGCAS turut membuat anggaran bahawa dalam tanah Bulan kewujudan air (OH/H₂O) daripada proton angin suria hadir pada kira-kira 170 bahagian per juta (ppm).